Kerjaya kelab Jeff Reine-Adélaïde

Arsenal

Reine-Adélaïde telah memulakan kariernya di kelab Lens dengan beraksi untuk kelab remaja dan pasukan simpanan Lens. Beliau kemudiannya dimasukkan ke dalam skuad utama Lens tetapi tidak beraksi pada aksi menentang Metz pada 18 April 2015.[3] Selepas musim itu, Reine-Adélaïde menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Beliau memulakan kempen bagi musim 2015-16 dengan beraksi dalam perlawanan Piala Emirates menentang Lyon sebelum beliau mendapat pujian daripada para penyokong dan pakar bola sepak.[4]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Arsenal pada 9 Januari 2016 ketika menentang Sunderland dalam saingan Piala FA Inggeris. Beliau beraksi sebagai pemain gantian selepas menggantikan Joel Campbell sebelum kemenangan 3-1 diraih Arsenal.[5]

Reine-Adélaïde telah beraksi untuk Arsenal dalam memenangi perlawanan akhir play-off Liga Perdana B21 pada tahun 2016. Kemenangan ini telah melayakkan skuad Gunners ke divisyen pertama liga bawah-21 tahun.[6]

Adélaïde melakukan enam penampilan bersama skuad utama Arsenal semasa musim 2016-17. Antara penampilannya ialah ketika perlawanan suku akhir Piala FA menewaskan Sutton United. Selepas beliau mewakli pasukan bawha-23 Arsenal menentang Reading, Adélaïde telah mengalami kecederaan yang memaksanya untuk direhatkan sehingga penghujung musim.[7]

Angers

Adélaïde telah menyertai kelab Ligue 1, Angers secara pinjaman untuk saki-baki musim 2017–18 pada 31 Januari 2018.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Angers sebagai pemain gantian dalam aksi kekalahan 4-0 kepada Monaco pada 10 Februari 2018. Beliau kembali semula ke Arsenal selepas tempoh pinjamannya berakhir pada 1 Julai 2018.

Pada 26 Julai 2018, Angers menandatangani Adélaïde dari Arsenal dengan bayaran yang tidak didedahkan dalam konrak selama empat tahun.[9]Beliau telah menyarung jersi nombor 22 untuk menghadapi musim 2018-19.

Lyon

Olympique Lyonnais telah mengumumkan bahawa pihak kelab telah menandatangani Adélaïde pada 14 Ogos dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dari Angers bersertakan nilai perpindahan sebanyak 25 juta euro termasuk bonus bernilai 2.5 juta euro.[10]

Rujukan

WikiPedia: Jeff Reine-Adélaïde http://www.arsenal.com/first-team/players/jeff-rei... http://www.skysports.com/football/news/11095/11230... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://www.soccerway.com/players/jeff-reine-adelai... http://www.thefa.com/-/media/files/thefaportal/gov... http://www.uefa.com/under17/season=2015/matches/ro... http://www.uefa.com/under17/season=2015/technical-... http://www.angers-sco.fr/actualites-infos/un-gunne... http://www.express.co.uk/sport/football/793696/Ars... http://www.metro.co.uk/2016/05/10/arsenals-chris-w...